19 November, 2008

Royal Jelly.






Apa itu Royal Jelly ?

-Ianya juga dikenali sebagai 'susu lebah' yang dihasilkan oleh lebah pekerja setelah memakan debunga dan madu. Ianya tersedia untuk disajikan kepada Ratu lebah yang merupakan makanannya sepanjang hayatnya. Kehebatan Ratu lebah ialah umurnya yang panjang iaitu sehingga 40 kali hayat lebah biasa, sangat subur sehingga mampu bertelur sehingga 2000 (dua ribu) biji telur sehari,awet muda iaitu boleh bertelur sepanjang masa dan tak pernah sakit.
-Dengan keajaiban ini, maka ianya telah mendapat perhatian saintis dan seterusnya menebarkannya kepada orang ramai agar mereka juga mendapat manfaat yang sama seperti ratu lebah terutamanya dari segi awet muda dan penjagaan kesihatan.


Ketulenan Royal Jelly.

Kandungan & Khasiatnya.
(a) Protein:
-Kesemua jenis asid amino yang diperlukan oleh badan,
-Kolagen - membantu mengekalkan keanjalan tisu-tisu otot.


(b) Karbohidrat:
-Membekalkan tenaga kepada kita.


(c) Lemak:
-Asid 10-Hidroksi Desenoik (10-HDA), sejenis lemak penting
berfungsi merencatkan pertumbuhan sel barah. Hanya Royal Jelly sahaja yang mengandungi bahan istimewa ini di dalam makanan.


(d) Vitamin:
- Iaitu vitamin A,B kompleks (B1,B2,B3,B4,B5,B6,B7,B8,B9 &
B12), C, D, E dan K.


(e) Mineral:
-Ada 11 jenis mineral iaitu kalium, kalsium, magnesium, zat
besi dan lain-lain lagi.


(f) Hormon:

(i) Berbagai jenis hormon termasuk hormon seks yang dirembeskan dari suprarenal, satu kelenjar yang terletak di atas buah pinggang bagi manusia;

(ii) Parotin - sejenis hormon yang dapat memperlahankan proses penuaan;

(iii) Insulin, hormonyang amat berfaedah bagi penghidap kencing manis;

(iv) Enzim - berbagai jenis enzim kompleks yang dapat membantu mempermudahkan penyerapan khasiat makanan.

(g) Unsur 'R' 3 %:

Terdapat 3% unsur 'R' - sejenis unsur yang idak dapat dikenalpasti oleh saintis sehingga kini tetapi ianya sangat membantu dalam proses kesuburan dan juga pencegahan kanser.

(h) Lain-lain:

(i) Gamma Globin - sejenis bahan yang membantu menghalang dan mencegah berbagai penyakit;

(ii) Asetilkolin - sejenis bahan yang boleh memperkuatkan hati dan pundi hempedu.

Untuk Siapa ?

Untuk semua yang hidup dan bernyawa... terutama manusia.

Membantu merawat masalah kesihatan.

(a) Masalah kesihatan Wanita;
-Jepun, Dr. Tijuhana;
'Diensefalon' yang kurang berkembang turut mempengaruhi ovari dan boleh menyebabkan masalah putus haid dikalangan wanita. Dalam "Eksperimen Melambatkan Proses Penuaan", beliau mendapati bahawa pengambilan Royal Jelly dapat merangsangkan 'Diensefalon' serta merencat proses penuaan. Didapati 88% daripada wanita yang menjalani ujian menunjukkan kesan yang kertara.
-Jepun, Prof. Kujima;
Pengambilan Royal Jelly boleh menyelarakan semula haid bagi wanita yang telah lama putus haid. Beliau menegaskan bahawa wanita yang kerap mengambil Royal Jelly akan sentiasa kelihatan lebih muda malah jauh lebih muda daripada daripada usia sebenar.

(b) Masalah Kesihatan Lelaki;
-Amerika Syarikat, Dr. Dennis Sprecher:
Ujikaji ke atas tikus putih menunjukkan pengambilan Royal Jelly dapat mengecilkan kelenjar dada dan mengembangkan kelenjar adrenalin. Ia menunjukan tanda-tanda pemulihan keupayaan seks dan dapat memulihkan tenaga batin lelaki yang berusia.
-Switzerland, Dr. Paul Nichans;
Seorang pakar hormon telah melaporkan bahawa Royal Jelly boleh merangsangkan rembesan dalam kelenjar-kelenjar tubuh badan manusia. Ini adalah tanda-tanda pemulihan aktiviti seksual.

(c) Masalah Kesihatan Orang Tua;
-Perancis, Dr. Destrem;
Ujian dijalankan ke atas sekumpulan orang tua berumur di antara 47-49 tahun. Mereka disuntikkan dengan 20mg Royal Jelly sebanyak 6-12 kali. Hasilnya didapati 75% kesihatan mereka dipulihkan dan mereka kelihatan lebih muda.
-Jepun, Prof. Takahasi;
Ujian Royal Jelly ke atas orang yang sangat tua di antara umur 80-90 tahun mendapati kereka lebih bertenaga, tidak mudah demam, tidak sembelit dan dapat tidur dengan lena.

(d) Masalah Kesihatan Kanak-kanak;
-Italy, Prof. Prosperi;
Royal Jelly yang diberikan kepada 34 kanak-kanak yang kekurangan zat makanan dan 42 bayi yang baru lahir tidak sukup bulan telah berjaya memulihkan kesihatan mereka seperti kanak-kanak biasa yang lain.
-Doktor Paediatrik China, Soviet Union dan Perancis;
Bagi kanak-kanak yang kekurangan khasiat atau lahir tidak cukup bulan, Royal Jelly dapat membantu pertumbuhan dan membuka selera makan mereka. Yang paling penting, ia dapat membekalkan khasiat-khasiat yang diperlukan.

(e) Lain-lain masalah kesihatan.
-Soviet Union, Dr. Mishchenko;
Pesakit kencing manis yang memakan Royal Jell dapat mengurangkan kandungan gula dalam darahnya.
-Soviet Union, Dr. Kadysiva;
Royal Jelly dapat menyeimbangkan tekanan darah.
-Kanada, Dr. Townsand;
Kertas ujian beliau di 'Seminar Tahunan Pertumbuhan Pengkajian Kanser Lautan Atlantik Amerika" pada tahun 1959 jelas menyatakan bahawa Royal Jelly mempunyai sejenis kandungan yang pelik dikenali sebagai '10-HDA' (10-Hidroksi Deseniok Acid). Bahan ini dapat mencegah dan menentang serangan penyakit kanser dengan berkesan.
-Jepun, Dr. Motihita Yelichi;
Royal Jelly dapat melengkapi fungsi 'Diensefalon' agar urat saraf tidak udah dirangsang dengan berlebihan. Oleh itu, ia sangat berguna bagi pesakit jiwa.


Cara pengambilan.
-Menjaga kesihatan biasa:
1 sachet sehari.
-Merawat Penyakit:
2 sachet sehari iaitu pagi dan petang.

Untuk kanak-kanak, setengah dari sukatan dewasa.
Waktu sesuai ialah setelah bangun tidur di pagi hari dan sebelum sarapan pagi.

Maklumbalas pengguna.

Boleh lihat video di sebelah kanan...


Royal Jelly pek besar mengandungi 30 sachet bernilai RM80.40 sahaja.




Royal Jelly pek kecil mengandungi 15 sachet bernilai RM42.00 sahaja.